Thursday, July 22, 2010

Bazar Silat Seni Gayong sesi 2010/2011



Gelagat pelajar baru yang datang ke Bazar PSSGUPM =)



Wah,













Wednesday, July 21, 2010

Latihan Silat Seni Gayong UPM


Asslamuailaikum wbt.


Latihan silat seni gayong kini kembali!!!!!

Terdapat perbezaan dalam pembawaan latihan pada kali ini. Pesilat puteri dan putera diasingkan dan pesilat puteri mempunyai jurulatih perempuan dan pesilat lelaki mempunyai jurulatih lelaki.

Jangan lepaskan peluang ini!!!

InsyaAllah, akademik kita cari, kemahiran lain pun kita perolehi.

Keputusan perbincangan untuk latihan hasil perjumpaan pertama ahli baru dan lama pada 20hb yang lepas.
>>kekerapan latihan : 2 kali seminggu

Pada : Setiap Ahad malam isnin dan selasa malam rabu
Masa : Selepas solat Isyak ( 8.30/9.00-11.00pm)
Tempat : Padang Bola sepak B (di hadapan K2)

Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh terus hubungi

Farizul : 013 4637387
Sumayyah : 013 4639642
Azizah : 019 3926538


Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong.

Gayong? Dimana Gayong? Di sini Gayong, di sana Gayong.

Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri.

Thursday, July 8, 2010

Jom ke Bazar Persatuan Silat Seni Gayong UPM



Jom beramai-ramai ke Bazar Persatuan Silat Seni Gayong UPM yang bernombor 44, pelbagai aktiviti menanti anda, termasuk

I. Pameran pakaian Silat Seni Gayong
II. Pameran peralatan senjata yang digunakan
III. Dendangan Lagu Rasmi Persatuan Silat Seni Gayong
IV. Pameran gambar aksi-aksi lasak persatuan
V. Pameran sejarah dan latar belakang Silat Seni Gayong
VI. Pameran berkenaan pencapaian dan kejohanan-kejohanan yang pernah disertai sebelum ini

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi ahli Persatuan Silat Seni Gayong (PSSGUPM). Jom-jom, datang ke Bazar nombor 44 dan mendaftar sebagai ahli PSSGUPM.


Friday, July 2, 2010

Langkah Gayong Bersahut Sahutan



Kata alu-aluan dari Persatuan Silat Seni Gayong UPM

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarukatuh.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru yang berjaya melanjutkan pengajian ke UPM, tempat dimana kita memperolehi ilmu pengetahuan dalam usaha membina modal insan yang berkualiti dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Selain mengejar prestasi yang baik dalam akademik, pelbagai kemahiran lagi yang boleh kita perolehi melalui persatuan-persatuan yang telah didaftarkan di bawah Hal Ehwal Pelajar UPM (HEP UPM). Maka, Persatuan Silat Seni Gayong UPM (PSSGUPM) juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan identitinya dalam usaha meneruskan perjuangan persilatan warisan turun temurun yang diwarisi dari Dato' Meor Abdul Rahman
bin Uda Mohd Hashim, beliau merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia. Melalui penyertaan yang berterusan dalam PSSGUPM ini , anda semua akan didedahkan dengan ilmu persilatan yang luas, tetapi dibatasi dengan pegangan agama Islam.
Mari kita meyoroti kembali apakah sebenarnya yang dinamakan Gayong dalam ilm persilatan Silat Seni Gayong ini. Ga mewakili genggam. Genggam bermaksud kepatuhan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ajaran Islam dan amanah Silat Seni Gayong yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Dato’ Paduka Meor Abdul Rahman, Pendita Agong Persilatan Melayu Moden. Alif mewakili Angkat. Ia bererti kewajipan murid – murid Gayong untuk menjunjung kedaulatan Al – Quran dan syariat – Nya. Di samping itu juga, semua murid Gayong mestilah memelihara segala amanah sebagai murid Gayong yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi. Ya ialah yakin, bahawasanya kita beriman dengan keberkatan Al – Quran dan segala apa yang dilakukan hendaklah bertauhidkan Allah S.W.T. Semua murid dan ahli Gayong juga mestilah yakin dengan kelebihan ilmu yang dipelajari dan hanya menggunakan untuk kebaikan.Wau ialah waras. Waras dalam ertikata sedar, rasional dan penuh keinsafan atas segala tindakan dan keputusan yang bakal diambil. Ia menggambarkan bahawa seseorang murid dan ahli Gayong tidak akan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan buruk baik dan akibat sesuatu perkara.Manakala Nga pula memberi erti ngeri. Ngeri dengan kebesaran Allah S.W.T. dan azab seksaan – Nya, ngeri dalam melakukan sesuatu perkara atau ketika mempamerkan Silat Seni Gayong


Lima huruf di atas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu Rukun Islam yang lima. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seseorang murid Gayong itu terpancar melalui keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangan – Nya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan di atas barulah dianggap seorang murid Gayong itu benar – benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong. Maka disini jelaslah bahawa ilmu persilatan Gayong adalah berteraskan pegangan agama Islam yang benar, bebas dari sebarang pengaruh negatif.


Sedikit penerangan dari lambang Silat Seni Gayong sebelum mengakhiri bicara, Bulan bintang di puncak dunia melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini. Pedang Zulfakar melambangkan kepahlawanan sahabat-sahabat Rasulullah sewaktu menegakkan syiar Islam di zaman Jahiliah.(Dalam lambang baru digambarkan dalam bentuk sebilah parang). Maka, silat Gayong adalah ilmu persilatan yang sangat indah, menarik dan juga mencabar.

Pantun empat rangkap mengakhiri bicara ini,

Pecah Gayong di dalam dulang
Dulang hanyut di lautan tujuh
Pecah Gayong perpecahan sayang
Di satu masa balik berpadu ( berteguh )


Mohd Farizul Bin Abdul Rahman
Presiden Persatuan Silat Seni Gayong UPM sesi 2010